Wednesday, 26 September 2012

...AIS....

salam semua...

sejak dari dl lagi ira mmg suke minum ais...pegi mana2 mmg mintak air yg berais sgt jrg ok mintk air pns...kalo minum air pns mcm org tua gitu...(ok tipu je)
so...sejak mengandung nie awl2 dl 1,2 bulan ira mmg alami alahan yg tak de la terok sgt..tapi kalo mkn je nk muntah...sgt2 la pnt cm2...so ira try minum pati buah delima

 Ini contoh pati buah delima yg ira minum


Khasiat bua delima mmg byk antaranya :-

* di sebut dalam Al-Quran (Rumman)
*menyihatkan fungsi jantung dan hari
*mengekalkan kesihatan dan fungsi mata
*berupaya merawat pelbagai jenis penyakit
*mengelak rasa mual (semasa hamil),melega masalah pening kepala
*mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam
*mengeluarkan asid dalam badan dan angin (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus)
*bagi wanita yang hamil, ambillah pati delima ini untuk menabah cantik, gebu kulit bayi anda di samping membantu proses tumbesaran janin
*kandungan antioksida dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel2 tubuh drpd rosak
*merawat cirit-birit,membunuh cacing dalam usus ,memutihkan kulit,melancarkan fungsi buah pinggang,menambah darah
*mengandungi khasiat semulajadi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.


serius bila ira try je minum pati ini alhamdulillah badan ira da sihat dan tak alami muntah2 lagi...hari2 muntah penat wow...
tapi ira bukan nak cite psl pati ini pun...lari tajuk jap...ira nak cerita pasal AIS..

sedap nyeee...

semalam punya cerita...ira pegi cafe tmpt keje ira so ira membungkus air laici...nyam3...mmg melegekan tekak...nk d'jadikan cerita ira jumpe sorg pakcik nie dok la b'sembang dgn die...bila die tgk ira dok minum air laici die pun sound ira..." org mengandung sgt tak elok minum ais nnt anak senang dapat kuning "...setahu ira kalo mkn jeruk je anak cpt kuning..balik2 opis ira terus google psl minum ais nie...dgn muka yg hampa..mmg betul la kalo minum ais time mengandung anak nnt sakit kuning...ira ade baca 1 blog nie tapi lupe name ape...die cerita masa mengandung dl die mmg tak ikut langsung pantang larang org2 tua die main bedal je minum ais..alih2 bila anak keluar kepala anak die jadi berkerak n muka byk sgt ruam....setat dr hari ini ira kurang+jarangkan minum ais...kesian kt anak nnt...so kene la berpantang minum...
sgt tak best ok..tapi demi anak ira sanggup...

kepada semua ibu-ibu yg bakal melahirkan anak kat luar sana ira sarankan kurang minum ais ok...


Wednesday, 19 September 2012

Proses kejadian manusia menurut Al-Quran


salam semua....pagi tadi dok rajin google pasal proses kejadian manusia..so terjumpe info kat bawah nie..sama-sama kita memahami proses-proses kejadian manusia....
 
            PERINGKAT SATU

     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
      
 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             
A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
 
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
 
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

       
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Tuesday, 18 September 2012

catatan baru..minggu baru..orang baru..

salam...

wahhh,dah bersarang blog ira nie kan..almaklum la kemalasan yang melampau2 sejak 2 menjak nie...
tajuk kosmo hari ini 'Ibu Muda direman Kes campak bayi'....ish3...tak suke mak tau...nak nangis je rse bila tangok bayi yang baru je lahir dicampak cam2 je..macam ko campak sampah la kan...manusia zaman sekarang memang tak takut lagi hukuman..2 baru hukuman dunia belum lagi akhirat..ish3... ape lah salah nya lepas je lahir ko g hantar mana-mana rumah anak yatim ke dapat gak hidup anak ko 2.. nie tak lepas ko kendong ke hulu hilir 9 bulan pas2 senang-senang je ko bunuh anak cam 2...ok2 malas nak bebel panjang lebar kang tak pasal-pasal anak dalam perut nie kuat membebel pulak...(ok br 3 bulan je kot)...

exited nak ade baby da meluap-luap da nie..pegi mana-mana tengok barang baby mmg teruja habis..tapi pujuk diri sendiri jangan beli lagi tunggu perut 2 da 5 6 bulan baru boleh shopping barang baby yer...sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr....tapi sekarang nie ramai orang dok tanya ira mengidam ape..setakat nie tak de lagi mengidam makan tapi kannnn...ira mengidam anak kembar la....dok pk2 balik..famli ira dengan husben mmg tak ade keturunan kembar pun...huaaaaaaa...tak pe da ade anak rezeki kan tak kesah lah kembar ke tak  yang penting pandai bimbing anak 2 bila da besar nanti...