Thursday, 13 December 2012

KedeGilanKu BerTambat-Tambah

Nak tau ape yang degil nye....
degil nye sebabbbbbbbb....
kan da janji tak nak minum ais lagi...
tapi minum jugak...tak ke degil nama nya....
tapikannnnn...mana boleh tahan wow time panas-panas nie...
lagi-lagi kalau kaki ais macam ira ni....
ni la dikatakan janji melayu..
cakap jelebih..tapi buat gak...


p/s = ais memang sedap kalau kita minum,tapi anak dalam perut ni sedap ke?????...

Monday, 10 December 2012

Amalan Berjimat Cermat

Memandangkan tahun depan dah ade baby...so ira tengah plan untuk berjimat cermat...almaklum la tiap tahun gomen kalau dah nak dekat raya dan hujung tahun mesti bagi gaji awal...tahun depan + ade baby + barang-barang dapur + barang bby + kereta + dll semua nak kena ambik kira..memandangkan kami suami isteri sama-sama keje gomen gaji pun cukup-cukup untuk keperluan semua...tak lebih tak kurang...alhamdululillah rezeki selalu ada walaupun orang kata kalau dah isteri keje gomen buat apa nak cari suami keje gomen gak...itu semua jodoh..kalau kita bercinta da 5 6 tahun tapi jodoh kita bukan dengan die nak buat macam mana kan...Allah sebenarnya da tentukan jodoh kita dengan siapa...(opsssssssssss lari tajuk pulak hehehehehe)..

so marila kita berjimat cermat + menabung untuk masa depan..sikit-sikit lama-lama jadi bukit kn...lagi satu tahun depan ira nak start menabung untuk anak..sebulan RM50 pun jadila...yang penting kena usaha dan beringat..jangan cakap je nak simpan tapi tak simpan-simpan...ingat tu pn.ira yer...beringat sebelum terlambat...


p/s = ' Barang baby belum beli lagi...so beli apa yang patut dulu '...rasa tak sabar pulak nak tggu junior ira ni keluar '

Thursday, 29 November 2012

...orang sekeliling yang bz body...

salam semua frend....(cehhhh mcm ramai sangat frend ko kan)...muahahaha
ok-ok ira tak nak cakap banyak pun...
kadang-kadang ira pelik dengan orang sekeliling yang begitu perihatin keadaan ira nie...
ira da pregnant 5 bulan tapi perut kecik sikit...
soalan yang biase akk opis tanye ;-..
1) asal perut kecik sgt ni...akk dl mse mengandung time cm ni da bsr da
2) nampak mcm tak mengandung pun...
3) ko ni tak mkn ke...
4) nnt anak lahir mesti kecik nie...

time ni br 19 mggu

apa-apa pun yang org ckp psl perut ira...
yg penting tiap-tiap bulan g chekup...
nurse n doc tak ade komplen pape...
bby shat sentiasa...
alhamdulillah bby selalu gerak-gerak...
dan yg penting da kelua susu sikit...
alhamdulillah..syukur sangat-sangat


...muka ibu2...

konon nak berblog..tapi non ado...

mula-mula sekali nak minta maaf kat awanbiru88(cettt nk minta maaf kat diri sendiri nape nye)
sebab nye....da lama gle tak bukak+tak update+dll..
bukan ape nak curi bukk dlm opis byk plk keje nye+bos ade+bukk blog org lain+blik keje je da pnt so kat rumah mmg ira tak mengadap langsung laptop...
so nak say sorry 2 my awanbiru88...jangan majok-majok yer...
mulai sekarang ira akan up date blog nie...(erkkkk blh caye ke???)
2 pun kalau ade masa yang panjang macam sekarang ni...
sebabnye bos xde.....

p/s = mkn sudah...so tgh hari nak buat ape...

Monday, 29 October 2012

...perut yang semakin membesar...

Salam semua...
minggu ni da masuk minggu ke 19...(ye kot)..
so perutku mula membesar...tapi tak adela besar mana pun...sikit je besar nye..yang penting lagi besar dari perut en.suami....ada rase gerak-gerak sikit....yang penting ira n baby sihat walafiat

perangai mak buyung yg super boring

Tuesday, 16 October 2012

...Terima kasih en.suami...

salam semua...
ira bukan seorang bloger tegar..so 2 3 4 bulan sekali update...(boleh erk?...)...
ape pun tak boleh...ha3
bulan lepas rezeki en.suami berlipat ganda..
so ape lagi,ira mintak la i phone 4S yg diidam-idam..
en.suami ckp ok...
hu2..ingat en.suami main-main...
ape lagi besok nye terus en.suami beli 2 iphone..
1 untuk en.suami...1 untuk si isteri yang dok mengidam i phone...erk????...blh plk mgidam benda yg mhl2...kang tak pasal-pasal anak ko kuar asyik nk benda yg mhl2 jer.....oittttt pokai la cm 2..
tp yang sebenar-benar nye ira memang plan nak beli awal tahun dpn..
tak pela rezeki cepat..so duit yang dikumpul untuk beli i phone akan di joli untuk membeli barang-barang bby...
cakap pasal barang-barang bby,,,serius ira memang teruja habis...pergi mana-mana jadi meroyan jap...comellllll nyeeeeee semua nie..
memandangkan ira baru nak masuk 4 bulan so kene tahan nafsu 2 dulu yer...
orang cakap kalau 6 bulan ke atas baru elok beli..
so ujung tahun or awal tahun la baru nak shoping...
sabar yer ira...
yang penting bby dalam perut ira nie sihat walafiat...

Wednesday, 26 September 2012

...AIS....

salam semua...

sejak dari dl lagi ira mmg suke minum ais...pegi mana2 mmg mintak air yg berais sgt jrg ok mintk air pns...kalo minum air pns mcm org tua gitu...(ok tipu je)
so...sejak mengandung nie awl2 dl 1,2 bulan ira mmg alami alahan yg tak de la terok sgt..tapi kalo mkn je nk muntah...sgt2 la pnt cm2...so ira try minum pati buah delima

 Ini contoh pati buah delima yg ira minum


Khasiat bua delima mmg byk antaranya :-

* di sebut dalam Al-Quran (Rumman)
*menyihatkan fungsi jantung dan hari
*mengekalkan kesihatan dan fungsi mata
*berupaya merawat pelbagai jenis penyakit
*mengelak rasa mual (semasa hamil),melega masalah pening kepala
*mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam
*mengeluarkan asid dalam badan dan angin (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus)
*bagi wanita yang hamil, ambillah pati delima ini untuk menabah cantik, gebu kulit bayi anda di samping membantu proses tumbesaran janin
*kandungan antioksida dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel2 tubuh drpd rosak
*merawat cirit-birit,membunuh cacing dalam usus ,memutihkan kulit,melancarkan fungsi buah pinggang,menambah darah
*mengandungi khasiat semulajadi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.


serius bila ira try je minum pati ini alhamdulillah badan ira da sihat dan tak alami muntah2 lagi...hari2 muntah penat wow...
tapi ira bukan nak cite psl pati ini pun...lari tajuk jap...ira nak cerita pasal AIS..

sedap nyeee...

semalam punya cerita...ira pegi cafe tmpt keje ira so ira membungkus air laici...nyam3...mmg melegekan tekak...nk d'jadikan cerita ira jumpe sorg pakcik nie dok la b'sembang dgn die...bila die tgk ira dok minum air laici die pun sound ira..." org mengandung sgt tak elok minum ais nnt anak senang dapat kuning "...setahu ira kalo mkn jeruk je anak cpt kuning..balik2 opis ira terus google psl minum ais nie...dgn muka yg hampa..mmg betul la kalo minum ais time mengandung anak nnt sakit kuning...ira ade baca 1 blog nie tapi lupe name ape...die cerita masa mengandung dl die mmg tak ikut langsung pantang larang org2 tua die main bedal je minum ais..alih2 bila anak keluar kepala anak die jadi berkerak n muka byk sgt ruam....setat dr hari ini ira kurang+jarangkan minum ais...kesian kt anak nnt...so kene la berpantang minum...
sgt tak best ok..tapi demi anak ira sanggup...

kepada semua ibu-ibu yg bakal melahirkan anak kat luar sana ira sarankan kurang minum ais ok...


Wednesday, 19 September 2012

Proses kejadian manusia menurut Al-Quran


salam semua....pagi tadi dok rajin google pasal proses kejadian manusia..so terjumpe info kat bawah nie..sama-sama kita memahami proses-proses kejadian manusia....
 
            PERINGKAT SATU

     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
      
 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             
A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
 
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
 
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

       
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Tuesday, 18 September 2012

catatan baru..minggu baru..orang baru..

salam...

wahhh,dah bersarang blog ira nie kan..almaklum la kemalasan yang melampau2 sejak 2 menjak nie...
tajuk kosmo hari ini 'Ibu Muda direman Kes campak bayi'....ish3...tak suke mak tau...nak nangis je rse bila tangok bayi yang baru je lahir dicampak cam2 je..macam ko campak sampah la kan...manusia zaman sekarang memang tak takut lagi hukuman..2 baru hukuman dunia belum lagi akhirat..ish3... ape lah salah nya lepas je lahir ko g hantar mana-mana rumah anak yatim ke dapat gak hidup anak ko 2.. nie tak lepas ko kendong ke hulu hilir 9 bulan pas2 senang-senang je ko bunuh anak cam 2...ok2 malas nak bebel panjang lebar kang tak pasal-pasal anak dalam perut nie kuat membebel pulak...(ok br 3 bulan je kot)...

exited nak ade baby da meluap-luap da nie..pegi mana-mana tengok barang baby mmg teruja habis..tapi pujuk diri sendiri jangan beli lagi tunggu perut 2 da 5 6 bulan baru boleh shopping barang baby yer...sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr....tapi sekarang nie ramai orang dok tanya ira mengidam ape..setakat nie tak de lagi mengidam makan tapi kannnn...ira mengidam anak kembar la....dok pk2 balik..famli ira dengan husben mmg tak ade keturunan kembar pun...huaaaaaaa...tak pe da ade anak rezeki kan tak kesah lah kembar ke tak  yang penting pandai bimbing anak 2 bila da besar nanti...




Wednesday, 1 August 2012

...Alhamdulillah...

salam semua..

alhamdulillah...ira da "  PREGNANT "...
saat yg ditunggu-tunggu telah tibe..
syukur sgt-sgt...
ira pg chek dah masuk sebulan lebih..
tapi tiap-tiap pagi kat opis ira mmg lemah ckit+angin-angin....
mungkin awal kelahiran mmg mcm nie...
tapi balik rumah ira still boleh msk+kemas rumah...
kalau kat opis pn sme...still blh buat keje yg bos bg...
memandangkan bulan puasa memang mendatangkan byk kesabaran..
dengan puasa+angin2+mengandung sulung...
pape pn...
first cucu untuk fmly ira...
cucu ke-14 untuk famly belah suami...


da lme kt rumah xde budak kecik...



ingatan untuk dr sendiri




Friday, 20 July 2012

...Jumaat penghulu segala hari...

salam semua...
salam jumaat...


p/s = esok puasa hari ini da rasa...alhamdulillah allah panjangkan usiaku untuk berpuasa tahun ini...

Thursday, 19 July 2012

POse...Raya...POse...Raya...

salam semua....

lg 2 hari nak puasa agak teruja ok...bukan apa tahun pertama puasa dgn En.suami..al maklum la da kawin so utamakan suami sekarang....nak cakap pasal sahur..nasib baik ira nie jenis mmg senang nak bgun sahur dan bukan pompuan yg malas nk bangun ok...(puji dr sndr jap)...sejak dr lg mmg ira yg kejut mak n ayah bagun sahur...kalo ira terlambit bangun maka mak n ayah pun lambat gak...hik3.. anak mithali la katekn...so skrg kat rumah just ade adek je...die siap pesan kat mak awal-awal yg die mmg xnak bangun sahur..(pemalas punye pompuan)...

pape pun ira nk ucapkan selamat berpuasa dan hindarkan dari bergosip lebih-lebih kang kurang pose...

kami anak en.osman+pn.rohana

Thursday, 5 July 2012

...kaLau JoDoh NamaNYA...



Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampoun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31)
Berikut adalah amalannya, InsyaAllah dengan keizinan Allah Ta’ala:
Hendaklah membaca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi(anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).”(Surah Al-Baqarah 2:165)

kami mmg cm ni..peace penting ok


dua-dua kurus

setiap kali solat ira selalu memohon agar jodoh ira n en.suami sampai akhir hayat..dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....sehat tubuh badan..dilimpahi rezeki...dan yang paling penting lindungi dari semua anasir-anasir jahat yang selalu ada di sekeliling kita...

...suaMiku seorg pemain drum...

suami ira bukan artis...
bukan super artis...
bukan artis jugak...

tapi suami ira minat main drum...
kt opis pun letak set mini drum die

tak cukup dengan mini drum...yg betol-betol pun ada gak tau....


bwk drum jln2 g rumah baru...yea3..

mentang-mentang baru duduk berdua...so 1 bilik en.suami buat untuk letak set drum kesayangan die...syg la sgt..tapi tak main pun...kalau nk main pun die byk abiskan mse jaming dgn kwn2 die kt studio mne tah...nnt ira pos gambr drum dalam rumah plk yer.

Tuesday, 26 June 2012

...Ngantuk tIme...

korang ngantuk x?...kompom tak nye sebb mlm td xde bola kn...hik3
bos xde time ni la nak ngantuk...
keje berlambak-lambak tapi mcm biasa mls nk buat...(amalan yg tak elok)



p/s=buat kerja bia seikhlas nye..

Thursday, 21 June 2012

...Gaji...Gaji...gAJi...

..untuk renungan dan tatapan bersama...




..Khamis yg Suam-sUam kukU...

..mula-mula nk cakap...

...hari khamis yg boring...sebab nyeee...
..tinggal sorg-sorg dlm opis...sgt boring ok...nk dgr lagu+radio pagi tadi da dgr...nk mkn td da mkn...nk tidoXBOLEH ok skrg kn time keje...gile ke nk tido...keje ade tapi mls nk buat...tapi kalau bos ade laju je buat keje..(ampun yer bos,tahun nie bg sy calon utk APC k)...

....skrg tgh dok pk nk msk ape mlm kang...

...Yesss...SUP AYAmmmm...Nyammmm+Nyammmm+Nyammm....(oitttt,keje xnk buat sebok pk nk msk ape yer)..aym kt rumah ade lg tapi nk beli perencah+kentang...pansti sedap kn..kn..kn....almaklum la ira chef yg tak bertauliah merangkap si tukang msk utk cik suami...

..sedap nye...

p\s = buat kerja dgn hati yg ikhlas...

Tuesday, 19 June 2012

BlogKu D'anak TiRikaNnnn.....

Mula-mula ira nk ckp KESIANNNNNN blog ira nie.....hahahahha..(gelak dlm sedih ok)...sebab nya blog ira DIANAK TIRIKAn....sebok dok bc blog org lain tiap-tiap hari tapi blog sendiri xupdate2 pon...sebelum nie ira ade blog tapi da padam sebab tuan empunya bdn mls yg teramat...so sekarang rajin teramat buat balik blog tapi still malas teramat update...kalau pening bc ira yg dok menaip pon pening da nie...




seee....hari-hari datang keje bukak komputer terus bukak blog2 kat atas 2 ok...keje tak nak buat dl tapi sebok bukak blog org...kire wajib dtg keje mesti kene bukak..ira pun tak tau sebab ape...kalau sehari tak tengok rse mcm ketinggalan je...walaupun ade yg femes emes or tak tapi bagi ira korg BEST....(bajet mcm die org tgk blog ira blik la nie)...ira mmg tak mengharap sgt org follow blog ira yg sunyi sepi+kosong nie...sebab ira mls update blog sendiri..wakakakaka....tapi ade 1 blog yg ira rse mmg sgt awesom...
sebab nye budak pompuan yg kiut miut nie kahwin atas pilihan ibubapa die...seorg ank yg sgt taat...





p/s = korg bc blog ira ke????

Wednesday, 6 June 2012

Cooking Time

Waduh-waduh bila da kwin ni macam-macam dok pk nk msk ape utk si suami...ira bukan pro sgt bab masak-masak ni tapi kalau msk yg simple-simple blh la...da 3 hari ira msk alhamdulillah en.suami tmbh nasi 2 kali...wahhhhhhh tak ku sangka pandai gak msk kn..kn..kn..kn..so mggu ni plan nk wat nasi ayam...NYAM2...telan air liur dibuat nya...


teringat cakap akak ira...bila da kwin ni kene rajin masak utk suami walaupun penat sebab nya dari air tangan isteri boleh eratkn hubungan suami isteri...serius ira ckp seronok bila tgk suami mkn sampai habis terasa dihargai je walaupun buat telor msk kicap je...hahahaha...tp ira mmg plan pn hari keje msk simple-simple..hari minggu br msk sedap-sedap ckit...so skrg dok pk lg...nk msk ape???...NASI AYAM...KETAM BERLADA...IKAN BAKAR...

abaikan gmbr ni



NOta=dl sgt mls msk..skrg sgt rajin msk

..Kosong..

Kosong bukan makna tak nak tulis pape...tapi kosong yg membawa erti tak tau nak tulis tajuk ape...hahahaha...pening jap..cuti 2 mggu mmg best sebab nya hari-hari bangun lmbt skit..almaklum la cuti kawin kn..penat kenduri+penat lyn tetamu+penat kms umah yg besepah...ira mls nk cerita panjang lebar psl kenduri kwin sebab nya biala ia tersemat dihati dan sanubari...cewahhhh...nak cerita kang 3 hari 3 malam belum tentu habiskan...
Datang keje je ramai yg tanya cam ne?...dah ke belum?...perhhhh mcm xde soalan lain je...rahsia suami isteri dlm kain mne elok nk cite kn...so bialah rahsia antara suami isteri ok...
Tapi bila dah jadi isteri ni byk hati kne jaga...hati suami+belah mertua..so tanggungjawab lg besar...bukan ira nk kate semua tangungjawab bia suami pikul sendiri..tapi bila da jd isteri pandai-pandai la pk mne yg elok n tak...

Kalau time bujang dl pk diri sendiri...
- Makan minum
    suka hati nak mkn time bile pun...
- Dok tgk hp 24 jam
    bukan tak ada keje lain k...dl time bujang sms BF skrg da jd suami pun+sms kwn-kwn
- Dok huha-huha / bersosial
   dl nak keluar dgn kwn-kwn just mintak izin pkai sms je..kalau dpt keluar mmg xingt la

Sekarang da kwin..makan minum suami kene jaga (hari-hari msk supaya suami rse air tgn isteri walaupun isteri hari-hari goreng cekodok je...hahaha)...nk tgk hp mmg tak la..blik keje terus msk+bsh bju+kemas umah...ira bz sgt2 ok..(mcm da ade anak plk dok bz2 eh)...so skrg hp sebagai hiasan semata-mata...kalau nk bersosial plk mmg tak dpt la kn....da jd istrei org mne blh keluar rumah suka hati je...dok rumah diam-diam sambil lyn astro...

kaki sape plg cantik
pape pun...sekarang suke sgt-sgt da jd isteri org..blh bersosial dgn en.abg smpai lewat mlm...hahahahha...ok skrg plan mlm minggu ni nk g mne..kalau en.abg tak nk keluar gak ira ugut tak nk bsh bj seminggu...ok kn...(padahal die blh je bsh sndr).

Monday, 4 June 2012

Salam perkenalan

salam semua....

mula-mula sekali nk kenalkn diri yg tak berapa nk kenal nie...sebelum ini ira mmg ade blog tapi terpaksa ditutup atas alasan tersendiri yg super duper malas nk update..


muke yg xsiap @ sebelum kwin

so sekarang agak rajin ckit...tapi ckit je kot...sebab nye....

...sy dah kwin...
ade kne mengene dgn blog ke???...kompius jap...bukan kalau dah kwin lg xde mse nk buat semua nie..tapi ape-ape pun alhamdulillah ira selamat menjadi isteri kepada En.muhammad Farid pada 19 Mei 2012 yg lepas...aminnnnnn...

ciuman bermakna bg seorang yg bergelar isteri
ok...ini br part 1...part 2 akan menyusul nnt...